bckground

Monday, September 20, 2010

pasebook

manusia sekarang memang dan tidak buleh hidup jika tidak mempunyai pasebook.
sehari tak buka wall pasebook tue seperti ketinggalan berita hangat seperti kes pembunuhan susilawati..
biase lah..
teknologi di hujung jari.
bila jumpa kawankawan lama
perkara pertama mesti tanya..

"eh..kau ade pasebook??"

tak mungkin tanya benda lain punya lah..
hari tue sewaktu beraya bersama member member lama
masingmasing menyatakan keangkuhan mereka mempunyai kawan yang ramai kat pasebook..
uisshh..
dan sampai satu tahap.....


"eh kau nie lembab betul la...tak baca kat pasebook kew?"

seperti pentingnya membuat ketupat dihari raya..
dan juga seperti pentingnya membuat rendang untuk dimakan bersama lemang...

tapi aku kalau jumpa kawankawan lama...
tidak pulak aku tanya pasal pasebook...

"eh kau ade blog?"

dan bila sampai satu tahap kelembapan mereka...

"eh kau nie...tak baca blog ker?lain kali folow ler."



p/s:agakagak member lama aku tu benggang tak?

Wednesday, September 15, 2010

manusia kadangkala mengelirukan

bila rasa kau perlu..
kau hubungi...
telefon...
sms...
email...

bila rasa kau sayang..
kau berikan harapan..
kau berikan sayang..
kau berikan cinta...

bila rasa kau kagum..
kau sanjung...
kau bangga...
kau puji...

dan bila kau rasa kau benci..
kau menyampah..
kau sakiti perasaan..
kau sakiti hatinya..

dan bila kau meluat..
kau mencari kesalahan...
kau menunding kearah orang lain..

dan bila kau sedar kau lakukan semuanya yang kadangkala kau sendiri tak pasti ia kadangkala mengelirukan..
dan aku juga pasti...dan mengakui...

"manusia kadangkala mengelirukan"

lepaskan sahaja jika kau rasa aku begitu membebankan....

Tuesday, September 7, 2010

aku ikhlas!

aku tak kreatif macam orang lain...
aku tak mampu buat benda benda unik..
aku tak mampu buat kad raya bagaibagai rupa dan BUNYIK-BUNYIK
dan memang aku tak mampu............

tapi aku tetap ikhlas...
ikhlas nak ucap selamat hari raya
ikhlas nak ucap maaf zahir batin
ikhlas nak memohon maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata...
dan memang aku benarbenar ikhlas...............

raya nak dekat....
lagulagu barat yang menyesatkan pun aku dah jarang dengar..
Lady gagap..usher...
korang tak sambut raya kan?

jadi...
sekarang nak feel raya...
jadi mesti dan wajib degar lagulagu raya...
saloma...m.daud kilau..sharifah aini....
(m.daud kilau? lagu raya?)

kepada yang tak balik raya tu..
jangan la sedihsedih..
tak pe..tahun depan korang raya la puaspuas..
aku hanya boleh sedapkan hati korang jew...
sedapkan perut?
makan la meggi di pagi raya...
 aku makan lemang ngan ketupat...
maaf....

SELAMAT HARI RAYA












p/s:aku tak pandai kreatif nak buat kad raya untuk korang.maaf!