bckground

Sunday, October 24, 2010

puasa shopping

aku merasakan diri aku seperti tidak boleh menjimatkan duit.
ye...dengan erti kata lain boros..!!
cakap pergi mana je...
mesti balik bukan dengan tangan kosong
dan lepas balik tu mesti menyesal sebab beli.
menyesal dan menyesal..
dan bila tengoktengok balik barang yang aku beli tue macam sama je..
haishh...
semalam aku berjalan jalan di pasar malam..
aku lalu satu kedai ni..
jual baju..
tak ada niat pun nak masuk
tapi bila sekali pandang baju yang die gantung dekat depan tu
buat aku berhenti dan nak masuk kedai tu...
kedai tu jual baju zara..
diulangi ZARA ok...
baju kemeja yang selalu orang bawak gi opis tu...
dan harganye agak mengejutkan..
rm25 je
tapi 2nd punya la..
dan aku tanya pak cik tu..
nie baju original ke?
die kata original...
aku terus keluar dari kedai tu..
dan pasang niat untuk puasa daripada shopping...
shopping pun ada puasanya juga!

Wednesday, October 20, 2010

orang gila

selepas mandi dengan rambut yang berbau harum aku melangkah keluar rumah..
aku nampak sedara aku yang berumur 10 tahun sedang main badminton.
jadi aku pun keluar la nak join sama....
dari jauh aku tengok macam best je exercise badan petangpetang nie..
dalam hati dah melonjak lonjak gembira nak main sama
aku pun cakap la kat budak umur 10 tahun tu yang aku nak main sama..
tengah syoksyok aku main badminton tue..budak yang merangkap sedara aku tu cakap...

"kak..akak gila ke?"
"hah?..gila?"
"cikgu kiter cakap kalau tak pakai tudung masa keluar namanya orang gila...."
"kenapa pulak?"
"sebab cikgu kite cakap orang gila kan pakai tak tutup aurat..pakai baju nampak pusat"

ok.aku hanya senyum je...
dan aku tanya budak tu..
SIAPA nama cikgu yang cakap macam tu...
biase die!

Thursday, October 14, 2010

study week

minggu belajar dah sampai!
skema punya ayat.....
jadi tibalah masa untuk pulang ke rumah...
mari balik beramairamai....
aku sangat homesick sekarang!
teringat katil dan juga rumah memanggil manggil...
doakan aku rajin masa balik rumah..!

Tuesday, October 12, 2010

-tak paham-

mulamula aku benci.
kemudian aku suka.
lalu cinta.
dan kemudian benci
lalu buatbuat sibuk
seperti tiada apa berlaku.
pujuk.rayu.rindu
kembali sayang
kemudian rindu.
lamalama menjadi tiada perasaan.
sampai ke hari ini.
tapi yang aku pasti
walau aku sayang aku tak sampai hati nak meluahkannya..
sebab aku tau dia sudah menjadi milik orang.
tidak kira berjuta kali dia kata...

"........i love u......."


yang itu aku tetap pasti!

Friday, October 8, 2010

game keset

tadi aku baringbaring bersama budak bilik sebelah
kemudian dia menceritakan bahawa abang ipar nya membeli sebuah ps3
membelinya hanya untuk kepuasan sahaja..
ye..kepuasan sahaja..!
apa yang dikatakan kepuasan sahaja iaitu hanya bermain tiga kali kemudian letakan ia bersepah-sepah.
maka anaknya menjadi sangat bertuah..
hanya tahu dan tahu bermain game ninja sahaja.
game bodoh je tue..haish..



dan tibatiba aku teringat pasal game keset.
yang duludulu aku dan adik beradik sangat berebut mau main.
serius bila sudah mula main mesti tak mau makan atau berak.
fokus dan fokus!

game tank.
kau pernah main?
mesti jaga ketua kau supaya tidak ditembak oleh keretakereta kebal yang berwarna warni itu.
ketua kau dah la helang..ceh...
 dan juga mendapatkan seperti gitar atau lainlain agar semua kereta kebal berenti dan boleh tembak semua sampai menang...!

lagi game apa kau nak?
super mario?
aku hebat pulak!!
dah hafal dah permainan die..
boleh tunjuk la kat mana die sorok nyawa die..
kat mana patut hentak kepala atuk tue supaya long bean die keluar..
game nie aku aku paling suka..

dan yang aku tak boleh lupa game tembak pakai pistol...
ala yang duludulu berangan nak tembak polis tapi pistol tue hanya boleh tembak burung/itik jew..
kan..kan..
dan bila kau terlepas
nanti ada anjing gelakan kau..
yang tue paling sadis sekali kalau main game nie..
haish..

memang banyak game duludulu aku suka.
tapi tak berapa nak ingat la..
setakat main olimpik baling lembing sampai superman turun aku dah hebat
tak payah la cabarcabar...

tapi sekarang game keset tue macam dah tak de la..
tetiba rindu nak main game super mario..

cendawan tue bagi die lagi besar.
tapi sekarang aku tak main game dah.aku study je.

Saturday, October 2, 2010

kawan

harihari mendatang buatkan aku sedikit sibuk.
maklumlah dah nak final exam...
aku yang dulu rajin tidur..kembali rajin belajar.
tiada muvie pada hari minggu
dan
tiada juga berhiburan serta berpeleseran

kawankawan yang aku lihat dulu selalu kemana mana bersama
kini hanya berseorangan.
makan seorang.
tidur seorang.
mandi pun seorang.
dan kawan aku yang dulunya seorang sekarang sudah berdua.
jalan berdua.
makan berdua.
membeli belah berdua.

manusia memang berubah
mangikut waktu dan ketika.
mengikut arus dan kehidupan.

kawan juga berubah.
mengikut kawan yang lebih baik.
mengikut kawan yang lebih teruk.
mengikut pasangan yang menyayangi.





"kawan seperti pelengkap kehidupan"



bagi aku
kawan memberi erti yang besar
dan sangat bermakna.
terima kasih terima kawan seperti aku yang tidak seberapa!