bckground

Wednesday, November 24, 2010

selalunya..

semenjak bermenjak ni..
aku dah jarang nak mengaktifkan belog..
bukan apa..
menjadi macik dalam satu masa dan belajar kereta dalam satu masa..
buat kan aku sedikit..bukan sedikit.tapi banyakbanyak penat..
kalau online pun selalunya aku rajin "berjogging" ke belog orang lain...
ntah la..lebih suka membaca sekarang dari menulis.
ya menulis juga memerlukan mood..membaca juga perlukan mood..
semua benda yang dilakaukan harus pada mood yang tepat.
dan sekarang mood aku nak menulis pun berenti.







p/s: aku kadangkala perlukan privasi.

Wednesday, November 10, 2010

keseorangan kembali.

sekarang kawankawan aku sudah berpasangpasang.cuma aku je masih lagi solo dan single.
bukan tak nak menceburi dalam arena berpasangan nie.
cuma buat masa nie berehat sebentar.
nak rasa hidup "ditinggalkan."
bila diaorang keluar dating.
bila diaorang keluar makan samasama.
bila diaorang belajar samasama
bila diorang sentiasa bersamasama.
mungkin ni rasanya dulu bila aku tingalkan diorang melakukan yang telah dinyatakan di atas.
sekarang aku pulak yang rasa.
ya memang betul hidup ibarat roda.
sekarang bagilah diaorang rasa pulak.
jangan jadi tamak.
dunia ni mari kongsi bersama.
dan sekarang aku keseorangan dalam dunia yang ingin aku kongsikan tetapi..tiada siapa.
baik.lain kali aku buat temujanji kalau aku nak keluar dengan kau...!

Sunday, October 24, 2010

puasa shopping

aku merasakan diri aku seperti tidak boleh menjimatkan duit.
ye...dengan erti kata lain boros..!!
cakap pergi mana je...
mesti balik bukan dengan tangan kosong
dan lepas balik tu mesti menyesal sebab beli.
menyesal dan menyesal..
dan bila tengoktengok balik barang yang aku beli tue macam sama je..
haishh...
semalam aku berjalan jalan di pasar malam..
aku lalu satu kedai ni..
jual baju..
tak ada niat pun nak masuk
tapi bila sekali pandang baju yang die gantung dekat depan tu
buat aku berhenti dan nak masuk kedai tu...
kedai tu jual baju zara..
diulangi ZARA ok...
baju kemeja yang selalu orang bawak gi opis tu...
dan harganye agak mengejutkan..
rm25 je
tapi 2nd punya la..
dan aku tanya pak cik tu..
nie baju original ke?
die kata original...
aku terus keluar dari kedai tu..
dan pasang niat untuk puasa daripada shopping...
shopping pun ada puasanya juga!

Wednesday, October 20, 2010

orang gila

selepas mandi dengan rambut yang berbau harum aku melangkah keluar rumah..
aku nampak sedara aku yang berumur 10 tahun sedang main badminton.
jadi aku pun keluar la nak join sama....
dari jauh aku tengok macam best je exercise badan petangpetang nie..
dalam hati dah melonjak lonjak gembira nak main sama
aku pun cakap la kat budak umur 10 tahun tu yang aku nak main sama..
tengah syoksyok aku main badminton tue..budak yang merangkap sedara aku tu cakap...

"kak..akak gila ke?"
"hah?..gila?"
"cikgu kiter cakap kalau tak pakai tudung masa keluar namanya orang gila...."
"kenapa pulak?"
"sebab cikgu kite cakap orang gila kan pakai tak tutup aurat..pakai baju nampak pusat"

ok.aku hanya senyum je...
dan aku tanya budak tu..
SIAPA nama cikgu yang cakap macam tu...
biase die!

Thursday, October 14, 2010

study week

minggu belajar dah sampai!
skema punya ayat.....
jadi tibalah masa untuk pulang ke rumah...
mari balik beramairamai....
aku sangat homesick sekarang!
teringat katil dan juga rumah memanggil manggil...
doakan aku rajin masa balik rumah..!

Tuesday, October 12, 2010

-tak paham-

mulamula aku benci.
kemudian aku suka.
lalu cinta.
dan kemudian benci
lalu buatbuat sibuk
seperti tiada apa berlaku.
pujuk.rayu.rindu
kembali sayang
kemudian rindu.
lamalama menjadi tiada perasaan.
sampai ke hari ini.
tapi yang aku pasti
walau aku sayang aku tak sampai hati nak meluahkannya..
sebab aku tau dia sudah menjadi milik orang.
tidak kira berjuta kali dia kata...

"........i love u......."


yang itu aku tetap pasti!

Friday, October 8, 2010

game keset

tadi aku baringbaring bersama budak bilik sebelah
kemudian dia menceritakan bahawa abang ipar nya membeli sebuah ps3
membelinya hanya untuk kepuasan sahaja..
ye..kepuasan sahaja..!
apa yang dikatakan kepuasan sahaja iaitu hanya bermain tiga kali kemudian letakan ia bersepah-sepah.
maka anaknya menjadi sangat bertuah..
hanya tahu dan tahu bermain game ninja sahaja.
game bodoh je tue..haish..



dan tibatiba aku teringat pasal game keset.
yang duludulu aku dan adik beradik sangat berebut mau main.
serius bila sudah mula main mesti tak mau makan atau berak.
fokus dan fokus!

game tank.
kau pernah main?
mesti jaga ketua kau supaya tidak ditembak oleh keretakereta kebal yang berwarna warni itu.
ketua kau dah la helang..ceh...
 dan juga mendapatkan seperti gitar atau lainlain agar semua kereta kebal berenti dan boleh tembak semua sampai menang...!

lagi game apa kau nak?
super mario?
aku hebat pulak!!
dah hafal dah permainan die..
boleh tunjuk la kat mana die sorok nyawa die..
kat mana patut hentak kepala atuk tue supaya long bean die keluar..
game nie aku aku paling suka..

dan yang aku tak boleh lupa game tembak pakai pistol...
ala yang duludulu berangan nak tembak polis tapi pistol tue hanya boleh tembak burung/itik jew..
kan..kan..
dan bila kau terlepas
nanti ada anjing gelakan kau..
yang tue paling sadis sekali kalau main game nie..
haish..

memang banyak game duludulu aku suka.
tapi tak berapa nak ingat la..
setakat main olimpik baling lembing sampai superman turun aku dah hebat
tak payah la cabarcabar...

tapi sekarang game keset tue macam dah tak de la..
tetiba rindu nak main game super mario..

cendawan tue bagi die lagi besar.
tapi sekarang aku tak main game dah.aku study je.

Saturday, October 2, 2010

kawan

harihari mendatang buatkan aku sedikit sibuk.
maklumlah dah nak final exam...
aku yang dulu rajin tidur..kembali rajin belajar.
tiada muvie pada hari minggu
dan
tiada juga berhiburan serta berpeleseran

kawankawan yang aku lihat dulu selalu kemana mana bersama
kini hanya berseorangan.
makan seorang.
tidur seorang.
mandi pun seorang.
dan kawan aku yang dulunya seorang sekarang sudah berdua.
jalan berdua.
makan berdua.
membeli belah berdua.

manusia memang berubah
mangikut waktu dan ketika.
mengikut arus dan kehidupan.

kawan juga berubah.
mengikut kawan yang lebih baik.
mengikut kawan yang lebih teruk.
mengikut pasangan yang menyayangi.





"kawan seperti pelengkap kehidupan"



bagi aku
kawan memberi erti yang besar
dan sangat bermakna.
terima kasih terima kawan seperti aku yang tidak seberapa!

Monday, September 20, 2010

pasebook

manusia sekarang memang dan tidak buleh hidup jika tidak mempunyai pasebook.
sehari tak buka wall pasebook tue seperti ketinggalan berita hangat seperti kes pembunuhan susilawati..
biase lah..
teknologi di hujung jari.
bila jumpa kawankawan lama
perkara pertama mesti tanya..

"eh..kau ade pasebook??"

tak mungkin tanya benda lain punya lah..
hari tue sewaktu beraya bersama member member lama
masingmasing menyatakan keangkuhan mereka mempunyai kawan yang ramai kat pasebook..
uisshh..
dan sampai satu tahap.....


"eh kau nie lembab betul la...tak baca kat pasebook kew?"

seperti pentingnya membuat ketupat dihari raya..
dan juga seperti pentingnya membuat rendang untuk dimakan bersama lemang...

tapi aku kalau jumpa kawankawan lama...
tidak pulak aku tanya pasal pasebook...

"eh kau ade blog?"

dan bila sampai satu tahap kelembapan mereka...

"eh kau nie...tak baca blog ker?lain kali folow ler."



p/s:agakagak member lama aku tu benggang tak?

Wednesday, September 15, 2010

manusia kadangkala mengelirukan

bila rasa kau perlu..
kau hubungi...
telefon...
sms...
email...

bila rasa kau sayang..
kau berikan harapan..
kau berikan sayang..
kau berikan cinta...

bila rasa kau kagum..
kau sanjung...
kau bangga...
kau puji...

dan bila kau rasa kau benci..
kau menyampah..
kau sakiti perasaan..
kau sakiti hatinya..

dan bila kau meluat..
kau mencari kesalahan...
kau menunding kearah orang lain..

dan bila kau sedar kau lakukan semuanya yang kadangkala kau sendiri tak pasti ia kadangkala mengelirukan..
dan aku juga pasti...dan mengakui...

"manusia kadangkala mengelirukan"

lepaskan sahaja jika kau rasa aku begitu membebankan....

Tuesday, September 7, 2010

aku ikhlas!

aku tak kreatif macam orang lain...
aku tak mampu buat benda benda unik..
aku tak mampu buat kad raya bagaibagai rupa dan BUNYIK-BUNYIK
dan memang aku tak mampu............

tapi aku tetap ikhlas...
ikhlas nak ucap selamat hari raya
ikhlas nak ucap maaf zahir batin
ikhlas nak memohon maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata...
dan memang aku benarbenar ikhlas...............

raya nak dekat....
lagulagu barat yang menyesatkan pun aku dah jarang dengar..
Lady gagap..usher...
korang tak sambut raya kan?

jadi...
sekarang nak feel raya...
jadi mesti dan wajib degar lagulagu raya...
saloma...m.daud kilau..sharifah aini....
(m.daud kilau? lagu raya?)

kepada yang tak balik raya tu..
jangan la sedihsedih..
tak pe..tahun depan korang raya la puaspuas..
aku hanya boleh sedapkan hati korang jew...
sedapkan perut?
makan la meggi di pagi raya...
 aku makan lemang ngan ketupat...
maaf....

SELAMAT HARI RAYA












p/s:aku tak pandai kreatif nak buat kad raya untuk korang.maaf!

Thursday, September 2, 2010

sumpah aku tak suka!

aku suka menyibuk-nyibuk ke blog orang..
dan bila aku menyibuk pastinya pada masa lapang..
dam mostly masa lapang itu pada waktu malam..
dan pada waktu malam aku menyingah nyingah ke blogblog yang tertentu
dengan suasana malam yang sunyi..
dingin lagi menyeramkan..
buat aku nak kencing jew atas katil
sebab takut nak pergi tandas
lepas lappy hebat aku loading dengan pantas..

tetiba aku dengar dekat blog kau pasang lagu..
sumpah blog kau cantik..!
blog kau hebat!
tapi lagu kau tu menyebabkan aku kadangkadang kalut
kalut cari siapa punya blog la pasang lagu nie..
aku kalau menyinggah bukan satu dua blog jew..
mesti berjuta-juta
aku tak nak kalah la menyingah satu dua..
volume lappy aku 24/7 selalu maximum..
orang telinga petai ni
tak dan la kalau volume setakat 14 peratus jew..


dandan disebabkan blog kau yang berbunyik bunyik tue..
menyebabkan aku terpaksa mencancel la kan...
tengok kau dah tak popular la sebab aku tak baca entri kau..
tak popular sudah!


aku tak cakap salah tapi aku menyuarakan pendapat sahaja..
aku tak dapat mengadu kat aduan rakyat..
aku mengadu dekat entri aku pon jadilah..!

nasib baik buku muka sekarang nie tak memerlukan lagu untuk wall setiap individu
tak macam friendster dulu..
bukak jew profile orang dengar la bunyik bunyik tue...




p/s:aku tau aku tak hebat macam kau..
     boleh letak bunyik-bunyik kat belog..
    aku bukan tak hebat cuma malas je nak pekakan telingatelinga korang........



kawan aku selalu cakap perlahan kan volume kau sebab bila kau buka tenet jew mesti bunyik macam macam..
kan dah gangu member bilik aku nak tidur...!
 

Tuesday, August 31, 2010

30.08.2010

tepat jam 12 malam perasaan aku bercampur campur
kelam kabut..
nak muntah..
nak berak...
semua rasa tak kena..
walau ada jaafar onn  iker casillas kat depan pun aku wat tak tau jew...

ehem-ehem



 oh aku amat meminati beliau sangatsangat..
terlampau cekap dan sangat berdedikasi
aku selalu pilih player spain kalau main game psp..
dia hebat..!
oh ok....bukan cerita pasal kau..FIFA dah habis..! viva espana..!

.......................................................................



30.08.10..
mengingatkan aku pada kenangan lama.
mengingatkan aku pada A&W..
mengingatkan aku pada myvi biru itu
dan semuanya yang berlaku..



ye..awak sungguh baik terhadap saya
sentiasa memberi nasihat agar belajar bersungguh-sungguh
sentiasa mengingatkan masa depan saya
saya tak akan lupa semua itu..
tapi sayang..mungkin bukan jodoh..
dan saya tak pernah salah kan sapesape
tak pe..saya paham..




kadangkadang awak buat saya keliru
keliru dengan perasaan sendiri..
kadangkadang awak memberi harapan
dan harapan tu sangat tinggi
tapi
dalam waktu yang sama
awak melepaskannya..




tapi itu dulu
bukan sekarang..
awak bukan yang saya kenal dulu..
yang dulu hanya tinggal kenangan...
sejarah...
dan antara kita pun
tiada lagi
tiada dan tiada..





selamat ulang tahun kelahiran ke-26
semoga awak panjang umur dan murah rezeki..
saya harap awak dan si dia kekal hingga ke jinjang perkahwinan..
semua manusia tidak sempurna..
mungkin dia memang diciptakan untuk awak
dan saya tahu dia adalah yang terbaik untuk awak..
bukan saya..






"sayang tak beerti memiliki"

Saturday, August 28, 2010

kau tidur lagi?

harihari aku tengok kau asek tidur jew..
tutor kau tolak tepi..
studi kau tolak depan
assigment jangan cakap la...
bertolak tolak..
sumer perkara diatas mesti kau buat last minute.
walaupun aku bukan di situasi kau..
tapi kadangkadang kau menyusahkan aku..
bila time nak quiz nak test sebuk kau cari bukubuku kau bawah katil
sebuk nak cari pembaris
cari pen.
sebuk bisingbising cakap chapter nie susah la..mangkuk la.
aku jugak yang jadik mangsa mendengarnya.

"ye aku kawan kau..
aku tak boleh merungut
aku tak boleh kata tidak untuk kau.
aku mesti ajar kau sampai kau pandai walau aku ada test jugak besok
aku mesti ingatkan semua benda kat kau.
aku mesti cakap bila masa yang sesuai kau angkat baju
aku mesti cakap hari nie boleh cuci rambut
aku mesti cakap pergi mandi sekarang...
dan aku mesti cakap dan cakap sahaja......"

aku tau mulut aku tak seperti diatas, tu sebab kau nak aku asek cakap jew


oh harihari yang akan datang pun aku akan sentiasa cakap
dan cakap dan cakap lagi......
dan sampai satu tahap kau cakap aku macam omak kau...
naseb baik kau tak cakap aku macam apak kau..
ceh...
macam omak kau??
paling tidak pun aku dah ada ciriciri nak jadi mak
besokbesok nak ajar anak senang.......
biar anak aku tak jadi macam yang diatas.



p/s:aku slim banyak sikit dari omak kau..

Tuesday, August 24, 2010

-hari yang indah itu akan berlalu jua-

sejaksejak nie aku tengok budak bilik aku macam gila talak meroyan la
lepas bukak puasa jew mesti nak nyanyi lagu raya kuatkuat jeritjerit...
macam la suara kau mahal sangat..
cara nyanyi memang tak tahan la...
macam kampung kau jauh sangat jew..
ceh...
aku pun cuba nak "feel" raya jugak.tapi kalau dah tiaptiap minggu ada je kuiz,ada jew test..
takut nanti time sembayang raya aku duk baca formula-formula sudah la..
orang sebelah dengar tak jadi wat menantu..

bagi aku harihari merupakan hari yang indah
cuma terpulang kat aku indah yang bermakna atau tak..
hari nie aku bantai tidor gilegile punya
bangunbangun terus pergi bazar..
tak cukup dengan pahala makruh aku ditolak,nie pahala amal aku untuk hari ni je..pun kena tolak
aku rasa kalau pahala tu diberi 10..confirm tinggal 2 jew...
tu pun pahala sebab aku tidur baca doa..
pahala amal aku kena tolak sebab aku pergi bazar ramadhan.
makcikmakcik dan awekawek kat sini macam berniaga body la..
tak kan aku nak tutup mata, nanti nak jalan tak nampak..
orang kata rezeki..kalau tak tengok rugi..
tapi aku geli..gelimat tengok makcikmakcik pakai baju ketat nampak lurah..
uish...lain benor gamaknya..

mak cik nie tak bersalah sama sekali
ehsan:google jew


makcik nak beli makcik?
seringgit 3 kan...
lagi dua mana makcik?

ok makcik tue jual kuih...aku beli kuih tu pun sebab nak tengok dengan lebih dekat la.
ehem..bergetah lagi.mungkin minum jus perapat barangkali.




p/s:hari indah aku dapat pergi bazar dan beli kuih makcik seksi..kau?hari indah tak?

Thursday, August 19, 2010

kadangkadang aku alpa

oh..walau dalam apa keadaan sekalipun...
aku tetap bersyukur sebab masih hidup dan diberi ruang dalam dunia yang serba indah ini.
keadaan masih stabil dan aku sembuh sepenuhnya dari demam yang agak merimaskan.
oh baru aku sedar..

Allah menguji kita dengan penyakit
agar kita sentiasa sabar dalam menangani nya.

ya...memang betul...
mungkin sebelumsebelum nie aku alpa dengan keadaan sekeliling..
dan Allah mengingatkan aku kembali dengan memberi dugaan seperti demam.
mogamoga dosadosa kecil terampun...

Tuesday, August 17, 2010

hidung menangis tak hentihenti

oh...terasa sangat rimas
menyampah.
lalu memakan panadol soluble
terasa macam ingin pecah kepala.
mahu bersin sekuat kuat nya
menyebarkan virusvirus kepada semua..
oh aku selesema sekarang!
jadi otak seperti tidak dapat berfungsi dengan baik.

Monday, August 16, 2010

perlu ker kau ambik??

kawankawan aku cakap aku hebat pandai ambik gambar.
pandai memang la pandai
tapi tak la sehebat kau yang mempunyai dslr tue


hanya berbekalkan kamera hanphone je.
haish.
dan kawankawan aku sering jugak la tanya

ai..asek ambik gambar jew..perlu kew??
dah tue gambar kau tak ambil plak..

kang kalau aku ambik gambar aku sendiri kau cakap aku perasan
haish..
tangkap gambar?
kan benda yang simple.
orang kata kalau gambar tak cantik
mesti delete.
mesti hapuskan dengan segera.
tapi bagi aku..........
ambik gambar banyakbanyak dulu
nanti bila rasa free dan rasa ketenangan melanda,
tengok balik.
kadangkadang gambar yang huduh dan tersangat chantek itu
ada keunikan nye.

"gambar candid lagi chantek berbanding gambar kau say CHEEZE/PEACE"

 then gambar tue
bosanbosan boleh tengok balik
gelak sorangsorang
senyum sorangsorang
cakap pon sorangsorang
betulbetul.
setiap gambar adalah kenangan.
kenangan tiap saat.
mesti akan merindui saat itu.






aku ushausha nak beli kamera tue..

Sunday, August 15, 2010

terpinggir atau dipinggirkan

aku seperti dipinggirkan atau aku je yang perasan mcm tue.
entah la,sejak dua menjak nie..emosi kadangkadang melampaui apa yang aku jangkakan.
ada je yang tak kena.ada je yang tak sempurna.
marah dan marah.
seringkali menjadi yang terakhir dalam apaapa keadaan.
gosip.berita.maklumat.info.
aku yang buat tak tahu atau ketinggalan..?
 seperti terasa batu yang besar menghempap diri.


dan amat sakit dan susah untuk bangkit semula.
memang benar hidup ibarat roda.
kadangkadang di bawah dan kadangkadang diatas
tapi aku merasakan lambat sangat berada dibawah dan berasa sekejap bila diatas
mungkin untuk diuji.
mungkin dan mungkin.
aku tak suka perasaan ini.
aku tak suka.
aku tak suka.
aku tak suka.




p/s:bila mau diatas

Wednesday, August 11, 2010

semangat oh semangat

wah puasa benarbenar sudah datang la...
jadi tinggal 29 hari lagi untuk raya...yeah!
puasa tahun nie seperti tiada semangat..
mungkin puasa diperantauan kowt...
class pon ponteng..
tiada semangat..
wahai semangat..marimari datang kepadaku...
mari..mari..
oh seperti memanggil setan pulak..
oh nazly nazly mari menelefonku
seperti orang yang angau...
oh ainain bila mau date
seperti orng gile
oh mamamama mau balik berbuka bersama
itu baru semangat naik balikk...

oh bulan ramadhan bulan yang mulia..
marimari kita beribadah lebih..



jomjom belajar mengaji



oh.oh.oh.oh

sungguh banyak mengeluh.
mengapakah?
aku tiada follower..


blogger kau bagus ker untuk follower?
mcm tak siap jew...*sigh

eh selamat berpuasa..
selamat menyambut ramadhan al-mubarakh...
byebye sya`ban...hello ramadhan....




p/s: rindu tom yam dan teh panas mama time sahur..

Monday, August 9, 2010

stress!

aku stress!!
tapi makan bnyak jugak.
mandi basah jugak siap syampoo wangiwangi lagi..
tidur lena jew..sampai terlajak-lajak..
muvie yg member2 aku download aku dok bantai tengok jugak...
apa yang stress pon aku tak berapa pasti..!
ohh mebi dengan perasaan diri sendiri kot..pakwe?makwe?wah mcm bisexsual jew kau!
ohh lately "dia" tersangat senyap...maka aku pun senyap sahaja...
malasdanmalas untuk menyibuk..!
oh baiklah..stress dah datang!
kerja rumah dicampur kerja sekolah.kerja bosanbosan dah presentation yang melambak perlukan perhatian sekarang..


p/s:aku seorang yang sangat setia!

apa kes?


oh.tadi aku pergi ke pitcom pc fair di seberang jalan klcc.wah sangat ramai-ramai orang disana.pergi pon naik PUTRA pulak.menyahut seruan perdana menteri..wah sangat ramai untuk membeli tiket.kalah nak beli tiket FIFA WORLD CUP.tapi yang tak boleh blah nyer lagi tue blew dah sampai pc fair..pergh..macam nak tengok konsert kelly clarkson la pulak.tak macam pening pulak aku dibanjiri dengan manusia-manusia.


 tapi yang aku paling rasa pelik dan heran nye kan.nama jew pc fair tapi aku tgk dah macam model jual body pon ade gak.ye aku paham mereka nak melariskan brand-brand mereka,tapi perlu ker model-model yang hanya memakai skirt pendek(sangat pendek) dan memakai baju nampak perut(oh aku suka dapat tengok perut boncit orang)..dan orang-orang yang lalulalu disitu mengambil gambar mereka...eh aku tak jealous okay..tapi aku berfikir-fikir di benak..kenapa nak ambil gambar ye?bukan datang situ untuk membeli belah ke?oh mungkin sampingan kot.sambil menyelam minum air.then pastu kembung..tue lah function klu ada DSLR.tapi ada gak yang guna handpone.kira x sume orang yang mempunyai dslr berbuat demikian.aku ulangi..TIDAK SEMUA YE..!!oh kepala aku pening dengan tibatiba..terpaksa habiskan cerita dengan begitu sahaja.!

Sunday, August 8, 2010

it sign for u dude!

oh lately aku ade terbaca sesuatu yang sangat interested about woman.fuhhh..look like apa yang dikatakan mostly true..ye ker?tapi memang macam agak betul la..ok, here i want to share it because sharing is loving..it about behind the words that woman says.just check it out!

Fine
This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

Five minutes.
If she is getting dressed, this mean a half an hour. five minutes is only five minutes, if you have just been given five minutes to watch the game before helping around the house.

Nothing
This is the calm before the storm. This mean something, and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.

Go Ahead
This is dare, not permission. Don`t Do It!

Loud sigh
This is actually a word,but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing.(you need to refer back to # 3 for the meaning of nothing.)

That`s okay
This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That`s okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.

Thanks
A women is thanking you, do not question, or faint.Just say you`re welcome.(I want to add in a clause here-This is true,unless she says Thanks a lot`-that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all.DO NOT say "you`re welcome"-that will bring on a "whatever").

Whatever!
is a woman`s way of saying F-YOU!`

Don`t worry about it, I got it
Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself.This will later result in a man asking"What`s wrong?".For the woman`s response response refer to # 3


p/s: think twice before talk

Friday, August 6, 2010

kawan.

satu entry nie aku khaskan untuk kau..!
ye kau!!.kau x pon popular pada mata aku.tapi benci menyampah tahap yang sangat tinggi.
tak pasal-pasal kau popular plak dalam blog aku nie...
tapi apekan daya..dah mmg aku tak tahan lagi dah.
semakin hari kau buat aku semakin lah menyampah.
kau gelak ke.kau cakap ke.kau pandang aku lagi lah.
aku sebenarnya dah tak nak cakap dah dengan kau.
tapi disebabkan aku manusia yang masih ada hati perut.aku still tegur la kan.
kenapa aku benci menyampah  kau?
mesti ada sebab bro.kau pikir kau boleh beli member dengan duit ke?
orang lain boleh la.but i`m not that type okay.
kau tak de lah kaya mana pun.berbekalkan wave 100 ke class setiap hari.
bila hujan kau tak datang class kan bro.
kau asek ngan bussness sabun kau tue.mengharapkan simpati-simpati orang untuk join kau berbisness.
ohh..!!aku tidak berminat sama sekali.tidak perlu berkawan dengan seseorang hanya kerana mahu mengambil kesempatan.aku ulangi kesempatan.
ditakdirkan pulak aku terpaksa dengan kau satu class untuk sem nie.tapi sem lepas aku tengok kau tak lah sebecok sebising bontot ayamsem nie kan.membuatkan aku sentiasa dan senantiasa bersabar.!
aku hanya nak mengingatkan kepada kau...
tidak perlu mencanang untuk belanja.dan tidak perlu juga kau perjudikan duit kau untuk berkawan.
biar berkawan itu ikhlas.kau ingat dengan duit,kau boleh beli kawan.kau terlalu dan tersangat silap bro.
sangat silap.mungkin kawan-kawan kau yang haprak lagi bodoh itu terpedaya.tapi tidak mungkin aku.
aku ulangi.tidak mungkin aku akan terpedaya dengan duit kau yang tak seberapa itu.
mak bapak aku still mampu memberi aku duit.tak mungkin punya aku terhegeh-hegeh dengan duit kau tue..
aku bukan jealous,apatah lagi busuk hati dengan "kemurahan hati"kau untuk menderma duit-duit kau yang banyak itu..tapi mata dan telinga aku ni tak sangup mendengar puji-pujian yang memang tidak ikhlas lagi menggelikan.sudah-sudahla.tolong lah jadi seorang kawan yang berguna.ok.tolong!!
kawan like a pair of shoes.dua-duanya amat penting.

Monday, August 2, 2010

kesempurnaan?

kesempurnaan a.k.a perfect.sape jew tak nak perfectkan.
hidup sempurna.
rupa paras sempurna.
assigment sempurna.
awek sempurna.
balak sempurna.
wah semua nak sempurnalah katakan.
sempurna kew?

tapi hidup kat dunia nie mana ada yg sempurna.
pasti akan timbul cacat celanya..baik sesama manausia atau tidak.
lately nie aku terbaca mengenai perhubungan suami isteri kat dalam surat khabar metro.dikhabarkan isteri die kena penampo.penyepak.kira dibelasah oleh si suaminya lah.punca-bertanyakan hal suami pergi outstation dgn lelaki ke pempuan.terus kena hayun isteri tue.wah,tyme dulu muda-muda..sayang bukan main.nak kawin punya la susah.siap merisik.tunang.kenduri kendarat 7 hari 7 malam.hai tak kan bila dah kawin main hayun-hayun jew bang....patutnya bila dah halal hubungan ptut lagi sayang lebey kan..biase laa..manusia tidak sempurna mana.
sayangilah suami/isteri anda.dan juga tunang-tunang anda...






p/s:eh kalau kawan ngan tunang orang,salah ker?

Friday, July 30, 2010

F.R.E.S.H.I.E.E.

aku penulis blog sekarang.
dulu hanya mengomen membaca tapi kini sudah ada sendiri punya.
apa yg membuatkan aku untuk menulis?
persekitaran,kawan,dan diri aku sendiri,
aku kini berubah menjadi penyeyap iaitu bercakap bila perlu sahaja.
(nerd kematangan hormon)
orang lain sumer sudah beratus-ratus post.aku baru satu.
kalau tiada pendahuluan masakan ade penutupan
apa-apa je la..
mulanya azam untk berblog sudah lama tapi
kurang bijak masa x mengizinkan.
aku pon as a student sangat2 memerlukan emas itu.
jadi..ayuh jadik follower aku!
blog aku tidak chantek lagi.amatur la katakan.






Publish Post